Rabu, 23 April 2014

EKSKLUSIF] Doa, Zikir, Amalan dan Petua Mudah Bersalin Menurut Islam | MESTI BACA !!! |

Pengalaman pertama mengandung sememangnya suatu pengalaman yang sangat indah.

Petua Mudah Bersalin

Masuk trimester III iaitu bulan ke-7 kehamilan, pastinya bakal ibu sangat terasa aura melahirkan dan mulalah rasa tidak senang duduk kerana memikirkan bagaimanakah dengan pengalaman pertama bersalin.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ramai yang mula mencari di manakah hospital pilihan dan Ada juga yang takut untuk bersalin secara normal atau pun caesarean.
Sebagai umat Islam kita sememangnya disarankan kembali kepada doa dan amalan semasa hamil dan terus bersedia dengan doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin. InShaAllah :)

Antara doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin antaranya adalah:

1.  Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dengan bertasbih dan bertahmid kerana ia memiliki pahala besar, di tunjukkan oleh beberapa hadits berikut ini:

Zikir
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

“Dua kalimat yang ringan diucapkan lisan, berat ditimbangan, dan dicintai oleh Al-Rahman (Allah):  

Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil ‘Adzim.” (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Lagi dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Siapa yang mengucapkan: Subhanallah wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka dihapuskan segala kesalahan (dosa)-Nya walaupun sebanyak buih dilaut.” (Muttafaq ‘alaih)

Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Bassam dalam Taudhih al-Ahkam menjelaskan tentang fadhilahnya, “Maka barangsiapa yang menyucikan Allah (bertasbih) dan memuji-Nya (tahmid) sebanyak 100 kali pada pagi dan petang hari, niscaya mereka akan memperoleh pahala yang sangat besar; berupa diampuninya seluruh dosa dan kesalahannya meskipun jumlahnya amat banyak seperti buih di lautan. Hal ini adalah merupakan keutamaan yang mulia dan pemberian yang melimpah.”


2. Di antara amalan-amalan yang  dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullahmemerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.


zikir

“Tidak ada Tuhan yang sebenar yang disembah melainkan engkau,

Ya Allah Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim” (Al-Anbiya’, 87)

zikir

“Ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

zikir

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

zikir

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” 

ayat qursi


zikir

“ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam atas Arasy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan silih berganti. Dan Dia menciptakan

Mataharibulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah jua tertentu urusan menciptakan dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam”.
Surah Al-Ansyiqaq

Petua Mudah Bersalin
 

Petua Mudah Bersalin

Surah An-Nahl (78-80)

Petua Mudah Bersalin
 
Surah A’basa (18-20)

Petua Mudah bersalin

Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.

(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

3. Petua mudah bersalin dari segi pemakanan. Minum air zamzam

Petua Mudah Bersalin

Makan buah kurma

Petua Mudah Bersalin

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah S.A.W kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Sesungguhnya kita perlu berusaha, semua yang berlaku berkehendak dengan izin-Nya.

sumber :www.queachmad.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan